Sunday, December 1, 2013

Riadah di waktu petang

Melayan Amni dan Nuha main basikal.
Amni tolak basikal dan Nuha kawal handle basikal hehe.
dua-dua tak pandai kayuh basikal lagi. tengah dalam proses ajar mereka kayuh :)
 
 

Sunday, November 3, 2013

Aquaria, KLCC 2013 3/11

Plan nak bawak Amni pergi Aquaria masa birthday dia yang ke 2 tahun Januari depan tapi macam lambat je lagi. Memandangkan weekend ni free and adik aku pun ada balik sini so kita plan pergi Aquaria hari ni. Aku bawa abah, mak n adik aku yang bongsu. yeahhh kita enjoy hehe.
 
Aku dengan suami aku dah pernah pergi Aquaria ni. Aku suka pergi sini walaupun dah pernah pergi hehe. Ia depend pada citarasa masing-masing la. ada yang suka, ada yang kata biasa-biasa je. tapi bagi aku, aku memang enjoy g sini. Lagi-lagi pergi dengan keluarga, especially bila bawa Amni. Amni memang enjoy sangat la. suka tengok ikan kiri kanan atas hehe.
 
Rupanya adik bongsu aku dah pernah pergi sini. ingat kan tak pernah lagi tu aku bawa sekali hehe. Tak pe la dik, rezeki ko hehe. Kali ni pergi dengan mak abah lagi seronok.
 
 
 
Ready to explore Aquaria
 
Suami aku duk beratur beli tiket. Amni dah tak sabar-sabar nak masuk tengok ikan-ikan tu.
Amni memang pecinta binatang hehe.
 
 
ok Amni tengah pening kot time ni. banyak sangat ikan. ni dah ada dalam tunnel.


 
pening-pening pun nak tengok gak ikan.


 
ok semakin active dia tengok ikan kiri kanan atas. pening dia dah hilang haha
 

 
ramai orang time ni. weekend kan. nak dekat cuti sekolah pula tu. nasib baik tk de rombongn sekolah time ni hehe.
 

 
mak aku pun enjoy tengok ikan hehe

 
 
adik aku suruh ambil gambar. nak send ke awek la tu haha.



 
mak dengan anak posing


 
ibu..fish ibu. Amni ajar mak dia haha




 
Abah aku dah laju keluar dari Aquaria hehe. Dia tunggu kat food court hehe.
 
Lepas dah beli souvenir untuk adik beradik kitorg lepak dekat park KLCC jap pastu terus makan sebab dah lapar. kira dah late kitaorg lunch.
 

 
Amni enjoy tengok fountain kat belakang tu

 
Plan nak bawa Nuha pergi sekali tapi Nuha takut ikan.
So next time bawa Amni n Nuha pergi zoo la.

Sunday, October 27, 2013

Port Dickson(PD)2013 26/10-27/10

This week kami ke Port Dickson plak. Walaupun Port Dickson tu dekat n dah banyak kali pergi tapi tetap best sebab setiap kali pergi mesti ada aktiviti yang best dan orang2 yang best :). Kita orang ni kalau cakap pasal jalan je mesti excited and happy hehe.
 
Ok kami ke PD sebab joined NID  Family Day. Tempat suami aku bekerja.
 
 
 
Heading to PD
 
 
 
 oh yeahhh dah sampai hotel. Kami stay kat Hotel Bayu Beach Resort. Ini kali ke-2 aku duduk hotel ni. dulu pergi time Amni 6bulan (Rahmat FamilyDay). Bilik kami facing pantai. Bila Amni dah nampak air, memang nak mandi la dia.
 
Amni cakap nak mandi kolam..nak mandi kolam (berulang2)..Pastu kami betul kan Amni,"Ini bukan kolam, ini pantai".. Pastu dia cakpa nak mandi pantai (berulang2).. :)
 
 
 
 Lepas sampai tu kami lepak dalam hotel dulu. Sebelah petang lak kitorang g pantai ada sukaneka sikit. Aku tak join pun sukaneka tu. Duk dengan Amni dan kawan-kawannya main pasir. konon-konon nak buat sand castle la hehe.
 

 





 
 
 
 Family Photo :)

 
 
Ok lepas dah boring main pasir dengan castle tak naik-naik gak. macam mana nak bina castle, kalau baru je buat satu petak..budak-budak ni roboh kan haha..memang sampai bila tak nampak bentuk castle nya hehe. Kami yang mak-mak ni pun bawa la anak-anak ke pantai. lagi pun sukaneka tu dekat pantai je. Time mak-mak bawa anak ke pantai, sukaneka tak habis lagi. Dorang tengah bertarung main tarik tali hehe. kira acara paling last la. tu kami bawa anak-anak ke pantai sebab dah nak habis acara.
 
Ni kira pertama kali Amni mandi pantai. PERTAMA KALI ok hehe. Boleh nampak keterujaan Amni bila jejak kan kaki dalam air tu hehe. Dia teruja sebab kali ni kolam dia sangat besar dan luas haha.  Sebelum ni Amni mandi swimming pool je.

 
 
Tengok la gelagat anak dara bila jumpa kolam yang sangat besar ni hehe. Selalu kalau mandi kolam kat rumah dia boleh baring-baring. kat sini pun dia nak try baring haha. Baru dia tahu air pantai tu masin hehe.
 
 
Malam tu pula ada dinner. Malam tu kira acara kemuncak la. Salah satu aktiviti time dinner tu adalah fashion show untuk kanak-kanak. Tema untuk dinner ni adalah safari. Aku tak tahu pun ada fashion show kanak-kanak. kalau aku tahu aku dress up Amni kaw kaw punya hehe. Ayah Amni tak bagi tahu Ibu pun yang ada fashion show ni hehe. Tengok la gambar Amni bawah ni hehe. Topi tiger tu Ayah Amni yang beli. Kepala Amni je la yang bertemakan safari hehe. Dengan muka Amni baru bangun tido nya hehe. Tapi sangat comel bila kanak-kanak ni bergaya atas pentas. macam-macam gelagat boleh tengok, dengan ad yang sporting nya, yang nangis lagi, yang masih baby pun ada. memang meriah and we have fun in here :)


 
 
 
 
 
OK bye-bye PD. See you again.
Amni big fan of Elmo and Big bird.



Wednesday, October 23, 2013

puteri mandi kolam

Ayah je yang rajin layan Amni mandi kolam. maknya tak rajin nak layan hehe. kalau balik serdang, maknya rajin la nak layan mandi kolam. sebab kolam mandi kat luar rumah dan lepas mandi boleh terus terbalik kan je kolam tu untuk keluarkan air. nak penuh kan air pun senang just salurkan paip kedalam kolam.
tapi kalau kat rumah bertingkat ni yang tak de laman ni..memang tak rajin la maknya. nak isi air dalam kolam kena pakai baldi. kena angkut baldi dari bilik air ke kolam mandinya. pastu dah habis mandi kena guna gayung pula untuk keluarkan air dalam kolam ke baldi then buang ke dalam bilik air. fuhhhh penat tu kena berulang dari living ke toilet hehe. duk angkut air hehe.
kalau rumah tak de laman ni, tempat yang sesuai untuk meletakkan kolam mandi adalah tengah-tengah rumah la hehe.
kalau dah tengah-tengah rumah mesti la basah kan sekeliling kolam tu..dah Amni duk tepuk-tepuk air dalam tu dengan Amni melasak dalam kolam tu lagi hehe. bukan terpecik lagi dah tapi banjir hehe.
nasib baik la Ayah Amni rajin layan kalau Amni teringin nak mandi kolam..



Friday, October 18, 2013

noted to myself

Scolding kids in front of their siblings can be very damaging to their self esteem and their relationships with their siblings. -- nouman (@noumanbayyinah)

Sunday, October 13, 2013

Amni got her ear pierced

hadiah dari Che untuk Amni sempena nak sambut hari raya Aidiladha selasa nanti hehe. Che nak Amni jangok "cantik" raya nanti. lagipun raya Aidiladha tahun ni 15/10/2013 genap Amni 1tahun 9bulan. Alhamdulillah.
Amni tindik dekat kedai emas Wan Husin Kelantan. kejap je Amni nangis. lepas tindik 2-2 telinga kami bagi gula2 terus diam hehe. maybe Amni nangis sebab terkejut je.