Showing posts with label Familyday. Show all posts
Showing posts with label Familyday. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Port Dickson(PD)2013 26/10-27/10

This week kami ke Port Dickson plak. Walaupun Port Dickson tu dekat n dah banyak kali pergi tapi tetap best sebab setiap kali pergi mesti ada aktiviti yang best dan orang2 yang best :). Kita orang ni kalau cakap pasal jalan je mesti excited and happy hehe.
 
Ok kami ke PD sebab joined NID  Family Day. Tempat suami aku bekerja.
 
 
 
Heading to PD
 
 
 
 oh yeahhh dah sampai hotel. Kami stay kat Hotel Bayu Beach Resort. Ini kali ke-2 aku duduk hotel ni. dulu pergi time Amni 6bulan (Rahmat FamilyDay). Bilik kami facing pantai. Bila Amni dah nampak air, memang nak mandi la dia.
 
Amni cakap nak mandi kolam..nak mandi kolam (berulang2)..Pastu kami betul kan Amni,"Ini bukan kolam, ini pantai".. Pastu dia cakpa nak mandi pantai (berulang2).. :)
 
 
 
 Lepas sampai tu kami lepak dalam hotel dulu. Sebelah petang lak kitorang g pantai ada sukaneka sikit. Aku tak join pun sukaneka tu. Duk dengan Amni dan kawan-kawannya main pasir. konon-konon nak buat sand castle la hehe.
 

 





 
 
 
 Family Photo :)

 
 
Ok lepas dah boring main pasir dengan castle tak naik-naik gak. macam mana nak bina castle, kalau baru je buat satu petak..budak-budak ni roboh kan haha..memang sampai bila tak nampak bentuk castle nya hehe. Kami yang mak-mak ni pun bawa la anak-anak ke pantai. lagi pun sukaneka tu dekat pantai je. Time mak-mak bawa anak ke pantai, sukaneka tak habis lagi. Dorang tengah bertarung main tarik tali hehe. kira acara paling last la. tu kami bawa anak-anak ke pantai sebab dah nak habis acara.
 
Ni kira pertama kali Amni mandi pantai. PERTAMA KALI ok hehe. Boleh nampak keterujaan Amni bila jejak kan kaki dalam air tu hehe. Dia teruja sebab kali ni kolam dia sangat besar dan luas haha.  Sebelum ni Amni mandi swimming pool je.

 
 
Tengok la gelagat anak dara bila jumpa kolam yang sangat besar ni hehe. Selalu kalau mandi kolam kat rumah dia boleh baring-baring. kat sini pun dia nak try baring haha. Baru dia tahu air pantai tu masin hehe.
 
 
Malam tu pula ada dinner. Malam tu kira acara kemuncak la. Salah satu aktiviti time dinner tu adalah fashion show untuk kanak-kanak. Tema untuk dinner ni adalah safari. Aku tak tahu pun ada fashion show kanak-kanak. kalau aku tahu aku dress up Amni kaw kaw punya hehe. Ayah Amni tak bagi tahu Ibu pun yang ada fashion show ni hehe. Tengok la gambar Amni bawah ni hehe. Topi tiger tu Ayah Amni yang beli. Kepala Amni je la yang bertemakan safari hehe. Dengan muka Amni baru bangun tido nya hehe. Tapi sangat comel bila kanak-kanak ni bergaya atas pentas. macam-macam gelagat boleh tengok, dengan ad yang sporting nya, yang nangis lagi, yang masih baby pun ada. memang meriah and we have fun in here :)


 
 
 
 
 
OK bye-bye PD. See you again.
Amni big fan of Elmo and Big bird.



Monday, September 30, 2013

Melaka2013 28/9-29/9

Last berkumpul satu keluarga pada 1st day Hari Raya.
After 51days, we reunited again. Feel bless.
Kita orang dah plan lama trip ni. Kita orang nak buat ala-ala family day gitu hehe. Almaklumlah keluarga kami makin berkembang. Dengan adanya Family day ni dapat mengeratkan lagi sillaturahim hehe.
 
Ni family day yang pertama so kita plan pergi yang dekat-dekat je la dulu. takut kalau jauh-jauh tak jadi pula hehe. Lagipun  kami pergi on the weekend je. just a short trip.
Kita pilih Melaka sebagai destinasi family day yang pertama ni.
 
 
Ok sampai je Melaka kami terus makan tengah hari dulu. Pergi pekena asam pedas Melaka. Melaka kan famous dengan masakan asam pedas. Kedai ni pun jumpa dalam app Waze je hehe. Sedap gak.
 
 
 
Dah kenyang baru la kami jalan-jalan kat Bandaraya Melaka ni. Time ronda-ronda Bandar Melaka ni Nani & Azrean tak de lagi. Dorang sampai lambat sikit sebab dorg attend wedding.




 
 
 
 Lepas dah puas berjalan kat Bandar Melaka kami pun terus ke hotel untuk terjun kolam pula hehe. Kitorang stay dekat Bayou Lagoon Park Resort. Booked 2 apartment and sponsored by Mak hehe. 1 apartment ada 3 bilik. Bilik kami facing theme park...yeahhh. Bila dah facing theme park, of course la Amni & Nuha tak sabra nak mandi kolam hehe. Tempat ni baru lagi. Ada lagi park yang under construction. Tempat dia cantik dan bersih.
 
 
 
Terbaik hehe... walaupun muka budak-budak ni nampak takut tapi sebenarnya mereka suka sangat naik gelongsor ni. berkali-kali nak gelongsor. apalagi mak-mak la jadi mangsa kena gelongsor sekali hehe.


 
 
 
Ready for breakfast
 
Lepas breakfast terjun kolam balik.

 
 
 
Ready to checkout.
 
Kids with Minnie mouse.
 
 
 
 Our Big Family
Razali's Family
Family Day mesti ada baju sedondon kan hehe.
 
 
 
 Siblings ^_^
 
 
 
Ready for Cruise
 
Sponsored by Abah :)
 
 
 
sebelum cruise kita bagi burung makan dulu hehe
 




Ok bye-bye..sampai disini sahaja..kami tak sempat pergi Jongker Walk sebab malam tu lepas dinner semua dah pancit. semua penat berendam dalam air. balik dinner terus tidur. next time la pergi Jongker Walk hehe.
 
 
Time to plan next year trip hehe