Thursday, October 10, 2013

Kota Kinabalu-Kundasang2013 18/6-20/6

lama aku peram blog KK ni. tak tahu nak tulis apa haha. Asyik nak edit je hehe.

Ok back to the story, this is 1st time aku keluar dari semenajung Malaysia haha. 

Trip ke Sabah ni sempena wedding anniversary aku dan suami yang ke-2 tahun *Alhamdulillah*. Sepatutnya plan pergi bulan March (kami kawin kan bulan 3) tapi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan kami postponed ke August.

Kami pergi 3hari 2malam je. Short trip tapi sangat best. setiap masa diisi dengan secukupnya hehe. setiap gambar menerangkan segalanya hehe




 dalam flight otw to Sabah. flight from LCCT-Sabah take 2½ hours. so apa lagi activity Amni tidur la hehe. Amni tidur dari boarding sampai touch down KK. Amni asal naik flight mesti tidur (best agaknya tidur di awan hehe).


safely touch down KK airport


Kami ambil travel agent je, sebab malas nak buang masa & bersesat2 kat sana. dah la tak familiar dengan jalan KK pastu pergi lak sekejap je. tu yang amik travel agent hehe. semua tempat dorg bawa kan hehe..kita duk relax kat belakang. kami ambil private package so dalam van tu ada driver, co-driver and kami bertiga. Wah best tak perlu campur dengan org lain hehe dan yang best dorg dah tunggu kita kat airport hehe.
Travel Agent kami terbaik, cari la More Asia Travel


Antara tempat menarik kami pergi

Sampai je terus g makan. Selepas makan terus jejalan.
Yayasan Sabah: Posing2 ambil gambar je hehe

Rumah Terbalik: hanya boleh ambil gambar kat luar je. kat dalam rumah tu tak boleh ambil gambar.



World's Highest via Ferrata Sky Walking on MT.Kinabalu: Alhamdulillah time ni cuaca sangat cantik so dapat la bergambar dengan gunung Kinabalu. Kalau tak bernasib baik, gunung tu akan ditutupi oleh awan tebal. Ni kami otw ke Kundasang. Stay at Kundasang for 1day.



Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa: Ok kat Kundasang kami stay kat sini. kat sini ada 2 jenis bilik, samada nak stay Hotel or Resort. Kami nak kelainan, so kami pilih stay kat Resort. Resort dia cantik penuh dengan pokok-pokok. Nak ke resort korg kena melalui jambatan gantung(WOW best).



ni di atas jambatan gantung ke resort. bawah jambatan tu jalan raya. nak dinner kita kena jalan ke hotel la. tempat makan, reception semua kat hotel. kat resort ada rumah penginapan je. suhu kat Kundasang sangat sejuk, lagi sejuk dari Cameron Highland.



dinner Amni makan chocolate je. Amni tak de selera makan sebab dia demam time ni. mungkin sebab perubahan cuaca. sini sangat sejuk. sian Amni :(



dinner yang hotel sediakan. Nampak tak menarik tapi bila makan emmm nyummy. Actually camera kami yang tak canggih hehe



Ok dah pagi, yeahhhh. ni la scenery di sekitar resort. Cantik kan. tu belakang tu tempat kami stay la.
breakfast dulu sebelum kami tawaf 1 resort ni. pagi ni Amni dah sihat. ceria kan muka dia. duk makan koko crunch.
sesi tawaf sekitar hotel. dari sini kita boleh tengok Gunung Kinabalu gak. tapi disebabkan pagi kat sini penuh kabus so tak nampak sangat la gunung nya.



Tagal Sg.Moroli, Kg.Luanti Baru Ranau: ni spa ikan, jenis ikan ialah ikan kelah. aku tak rendam kaki pun dalam tu. rakus sangat ikan nya hehe. aku dengan Amni bagi makan je kat ikan tu. laki aku je yang berendam kaki hehe. kalau bukan peak season, lama la korg boleh duk situ, kalau tak korg boleh stay 5-10minit je and tak banyak ikan yg kumpul kat ko sebab ramai orang kan. time kami pergi tak de orang sebab bukan cuti sekolah & bukan weekend. tu ikan tu merakus je hehe.
Poring Hot Spring (kinabalu Park), Ranau Sabah: kat sini kami berendam kaki, sampai Amni tak pakai seluar hehe. kat sini boleh mandi gak tapi kami tak mandi la sebab malas nak bertukar baju. rasa-rasa nak mandi air panas kami g kat sini(semenanjung) je la hehe. kat sini Amni mandi tapi mandi air paip je la sebab dah tengah hari memang time dia untuk mandi dan tukar diapers.
Ok dekat dengan poring ni ada satu kedai makan tu sangat sedap asam pedas dia. asam pedas dia style Sabah la then daging rus dia pun sedap. rasnya daging rusa tu masak hitam..ohh yummiii
Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd.: Kat sini kami tengok lembu New Zealand(lembu tompok-tompok hitam tu). Amni sangat enjoy pergi sini, kebetulan kami pergi time lembu perah susu so kami dapat la tengok lembu meratur untuk perah susu & macam mana susu lembu diperah. sekarang canggih semua mesin yang buat hehe. kat sini korang boleh beli aiskrim, susu yang fresh dari lembu & kambing. Sedap boleh makan fresh punya(i LIKE). kalau korang nak tengok lembu perah susu adalah pukul 3petang.
Pondok Timpohon: sini adalah salah satu trail untuk penadaki ke Gunung Kinabalu. kami melawat je, tak daki pun. next time la daki tu pun kalau masih ada stamina la hehe. kat sini kami sempat la tengok orang baru turun dari puncak.
Dinner 2nd day at Gayang Seafood Restaurant. ni dah sampai KK. Rugi la kalau g Sabah tak makan seafood kan. seafood kat Sabah kan murah. kami lak suka sangat makan seafood so this is time la kan. ni aku duk pilih lobster hehe. tak pernah makan lobster. kalu makan kat KL mahal, Sabah murah. kami amik lobster paling kecik je dalam 900g je. tu yang paling kecik hehe. ada baby lobster tapi dah alang-alang ke Sabah tak kan nak amik baby je kan.
ni menu dinner kami. ada udang biasa, sotong, ketam, sayur and lobster. nasi & air boleh refill. tapi kami tak refill pun nasi sebab kenyang makan lauk je. nasi yang dibagi pun tak habis hehe. bagi aku, aku lagi suka udang biasa dari lobster sebab isi lobster tu kenyal sikit. at least kami dah try la lobster hehe
sebelum makanan sampai Amni makan aiskrim. habis comot muka & baju nya mesti la kotor kan hehe. nasib baik lepas makan terus check-in hotel.
Dekat KK kami duduk kat Cititel Express Hotel untuk 1 malam. lepas check-in kami merayau sendiri malam tu. jalan-jalan kat situ-situ je. kami merayau ke pasar malam hehe tak ingat la pula apa nama pasar malam tu tapi jaln sikit je dari hotel tu.
lepas breakfast kami ke Muzium Sabah. macam biasa la dalam muzium tak boleh ambil gambar.
Signal Hill Observation Tower of Kota Kinabalu: kat sini boleh tengok pemandangan KK dari atas bukit.
Pasar Philippine (Filipino): kat sini tempat shopping makanan ringan Sabah, makanan laut Sabah. Kalau nak beli pearl kat sini mahal. beli kat pasar malam murah je. pattern sama je dengan pasar malam punya hehe.



Lepas shopping kami pergi Pantai tapi tak ingat pantai apa haha.
Lepas tu kami pun balik la ke semenanjung. dah habis dah 3hari 2malam kat Sabah ni.
from KK-LCCT, Amni tido hehe. best kot tido dalam kapal terbang ni. kebetulan seat tengah kosong so kami baring kan dia. selesa sikit Amni tido.





Safely touch down LCCT.



 Amni's Video


Monday, September 30, 2013

Melaka2013 28/9-29/9

Last berkumpul satu keluarga pada 1st day Hari Raya.
After 51days, we reunited again. Feel bless.
Kita orang dah plan lama trip ni. Kita orang nak buat ala-ala family day gitu hehe. Almaklumlah keluarga kami makin berkembang. Dengan adanya Family day ni dapat mengeratkan lagi sillaturahim hehe.
 
Ni family day yang pertama so kita plan pergi yang dekat-dekat je la dulu. takut kalau jauh-jauh tak jadi pula hehe. Lagipun  kami pergi on the weekend je. just a short trip.
Kita pilih Melaka sebagai destinasi family day yang pertama ni.
 
 
Ok sampai je Melaka kami terus makan tengah hari dulu. Pergi pekena asam pedas Melaka. Melaka kan famous dengan masakan asam pedas. Kedai ni pun jumpa dalam app Waze je hehe. Sedap gak.
 
 
 
Dah kenyang baru la kami jalan-jalan kat Bandaraya Melaka ni. Time ronda-ronda Bandar Melaka ni Nani & Azrean tak de lagi. Dorang sampai lambat sikit sebab dorg attend wedding.




 
 
 
 Lepas dah puas berjalan kat Bandar Melaka kami pun terus ke hotel untuk terjun kolam pula hehe. Kitorang stay dekat Bayou Lagoon Park Resort. Booked 2 apartment and sponsored by Mak hehe. 1 apartment ada 3 bilik. Bilik kami facing theme park...yeahhh. Bila dah facing theme park, of course la Amni & Nuha tak sabra nak mandi kolam hehe. Tempat ni baru lagi. Ada lagi park yang under construction. Tempat dia cantik dan bersih.
 
 
 
Terbaik hehe... walaupun muka budak-budak ni nampak takut tapi sebenarnya mereka suka sangat naik gelongsor ni. berkali-kali nak gelongsor. apalagi mak-mak la jadi mangsa kena gelongsor sekali hehe.


 
 
 
Ready for breakfast
 
Lepas breakfast terjun kolam balik.

 
 
 
Ready to checkout.
 
Kids with Minnie mouse.
 
 
 
 Our Big Family
Razali's Family
Family Day mesti ada baju sedondon kan hehe.
 
 
 
 Siblings ^_^
 
 
 
Ready for Cruise
 
Sponsored by Abah :)
 
 
 
sebelum cruise kita bagi burung makan dulu hehe
 




Ok bye-bye..sampai disini sahaja..kami tak sempat pergi Jongker Walk sebab malam tu lepas dinner semua dah pancit. semua penat berendam dalam air. balik dinner terus tidur. next time la pergi Jongker Walk hehe.
 
 
Time to plan next year trip hehe

Tuesday, September 17, 2013

Amni 1 tahun 8 bulan

  
Ahad lepas (15/9/2013) Amni genap 1 tahun 8 bulan, so husband and I plan to bring Amni, my parents and younger bro to Aquaria tapi tak jadi sebab sabtu tu Amni demam. Mak aku tak bagi pergi sana sebab takut Amni terkejut tengok ikan besar, nanti bertambah demam Amni hehe. OK la cancel pergi Aquaria.
 
gambar demam tapi macam tak demam, bukan main lasak Amni ni. duk main je keje dia. lompat sana lompat sini hehe*feeling bless* :)
 
 
 
Dah tak jadi g Aquaria, kami pun pergi Mid Valley. Ayah Amni nak cari bag, then kami bawa la Amni g main kat Megakidz. Kat Megakidz suami aku join sekali pada mulanya, then beberapa minit lepas tu suami aku pergi misi mencari bagnya. So 3 jam lebih aku teman Amni main dalam ni hehe. Punya la seronok Amni main dan dia tak tahu erti penat hehe.

Amni paling suka main Castle Bouncing tapi dia main tepi-tepi je..kat tengah-tengah tu budak2 besar dari dia duk melompat..kang bagi main tengah takut terpijak plak oleh budak2 tu hehe..

Time ni tak ramai budak2 lagi..boleh la dia duk lompat2 tengah tu.. 
 
 
Amni landing kat Castle Bouncing- tepi-tepi je
 
 
 
Punya la Amni addicted dengan bounce ni sampai ke hari ni dia nak jump je.
Nanti la aku bawa Amni ke play indoor yang lain. Lagipun Megakidz ni lebih sesuai untuk kanak-kanak 4tahun ke atas.
 
 
Amni punya la suka main slide. Dia boleh sliding sesuka hati sebab kat situ kalau jatuh pun tak sakit kan hehe. Dengan laju nya dia berlari. Mak dia yang penat mengejar hehe.
 
 
Video ni diambil selepas 3jam Amni bermain..tengok masih lagi aktif kan.
 
 
 
Slide kecik2 aku bairkan Amni main je..tapi slide yang besar aku kena naik sekali hehe. Time ni Amni menangis, TAKUT hehe
 
 
 
 
 

 





 
 
 
Semalam Amni asyik sebut JUMP and SLIDE. Tu tandanya dia nak ajak mak ayah dia main la tu. Aku pun memenuhi hasrat dia main slide, tak jauh pun kat bawah rumah je hehe. Sejam gak la kami kat taman tu. Nak dekat maghrib baru naik rumah. Tu pun Amni tak puas main lagi hehe.

Sunday, September 8, 2013

Seronok dapat tolak bag

 
 
 
Amni ni memang pecinta bag... asal Nampak bag mesti excited hehe..
 
Ni pun excited dapat tolak bag Che dia hehe..mmg kalau kat rumah, bag-bag semua kena sorok hehe