lama aku peram blog KK ni. tak tahu nak tulis apa haha. Asyik nak edit je hehe.
Ok back to the story, this is 1st time aku keluar dari semenajung Malaysia haha.
Trip ke Sabah ni sempena wedding anniversary aku dan suami yang ke-2 tahun *Alhamdulillah*. Sepatutnya plan pergi bulan March (kami kawin kan bulan 3) tapi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan kami postponed ke August.
Kami pergi 3hari 2malam je. Short trip tapi sangat best. setiap masa diisi dengan secukupnya hehe. setiap gambar menerangkan segalanya hehe
dalam flight otw to Sabah. flight from LCCT-Sabah take 2½ hours. so apa lagi activity Amni tidur la hehe. Amni tidur dari boarding sampai touch down KK. Amni asal naik flight mesti tidur (best agaknya tidur di awan hehe).
safely touch down KK airport
Kami ambil travel agent je, sebab malas nak buang masa & bersesat2 kat sana. dah la tak familiar dengan jalan KK pastu pergi lak sekejap je. tu yang amik travel agent hehe. semua tempat dorg bawa kan hehe..kita duk relax kat belakang. kami ambil private package so dalam van tu ada driver, co-driver and kami bertiga. Wah best tak perlu campur dengan org lain hehe dan yang best dorg dah tunggu kita kat airport hehe.
Antara tempat menarik kami pergi
Sampai je terus g makan. Selepas makan terus jejalan.
Yayasan Sabah: Posing2 ambil gambar je hehe
Rumah Terbalik: hanya boleh ambil gambar kat luar je. kat dalam rumah tu tak boleh ambil gambar.
World's Highest via Ferrata Sky Walking on MT.Kinabalu: Alhamdulillah time ni cuaca sangat cantik so dapat la bergambar dengan gunung Kinabalu. Kalau tak bernasib baik, gunung tu akan ditutupi oleh awan tebal. Ni kami otw ke Kundasang. Stay at Kundasang for 1day.
Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa: Ok kat Kundasang kami stay kat sini. kat sini ada 2 jenis bilik, samada nak stay Hotel or Resort. Kami nak kelainan, so kami pilih stay kat Resort. Resort dia cantik penuh dengan pokok-pokok. Nak ke resort korg kena melalui jambatan gantung(WOW best).
ni di atas jambatan gantung ke resort. bawah jambatan tu jalan raya. nak dinner kita kena jalan ke hotel la. tempat makan, reception semua kat hotel. kat resort ada rumah penginapan je. suhu kat Kundasang sangat sejuk, lagi sejuk dari Cameron Highland.
dinner Amni makan chocolate je. Amni tak de selera makan sebab dia demam time ni. mungkin sebab perubahan cuaca. sini sangat sejuk. sian Amni :(
dinner yang hotel sediakan. Nampak tak menarik tapi bila makan emmm nyummy. Actually camera kami yang tak canggih hehe
Ok dah pagi, yeahhhh. ni la scenery di sekitar resort. Cantik kan. tu belakang tu tempat kami stay la.
breakfast dulu sebelum kami tawaf 1 resort ni. pagi ni Amni dah sihat. ceria kan muka dia. duk makan koko crunch.
sesi tawaf sekitar hotel. dari sini kita boleh tengok Gunung Kinabalu gak. tapi disebabkan pagi kat sini penuh kabus so tak nampak sangat la gunung nya.
Tagal Sg.Moroli, Kg.Luanti Baru Ranau: ni spa ikan, jenis ikan ialah ikan kelah. aku tak rendam kaki pun dalam tu. rakus sangat ikan nya hehe. aku dengan Amni bagi makan je kat ikan tu. laki aku je yang berendam kaki hehe. kalau bukan peak season, lama la korg boleh duk situ, kalau tak korg boleh stay 5-10minit je and tak banyak ikan yg kumpul kat ko sebab ramai orang kan. time kami pergi tak de orang sebab bukan cuti sekolah & bukan weekend. tu ikan tu merakus je hehe.
Poring Hot Spring (kinabalu Park), Ranau Sabah: kat sini kami berendam kaki, sampai Amni tak pakai seluar hehe. kat sini boleh mandi gak tapi kami tak mandi la sebab malas nak bertukar baju. rasa-rasa nak mandi air panas kami g kat sini(semenanjung) je la hehe. kat sini Amni mandi tapi mandi air paip je la sebab dah tengah hari memang time dia untuk mandi dan tukar diapers.
Ok dekat dengan poring ni ada satu kedai makan tu sangat sedap asam pedas dia. asam pedas dia style Sabah la then daging rus dia pun sedap. rasnya daging rusa tu masak hitam..ohh yummiii
Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd.: Kat sini kami tengok lembu New Zealand(lembu tompok-tompok hitam tu). Amni sangat enjoy pergi sini, kebetulan kami pergi time lembu perah susu so kami dapat la tengok lembu meratur untuk perah susu & macam mana susu lembu diperah. sekarang canggih semua mesin yang buat hehe. kat sini korang boleh beli aiskrim, susu yang fresh dari lembu & kambing. Sedap boleh makan fresh punya(i LIKE). kalau korang nak tengok lembu perah susu adalah pukul 3petang.
Pondok Timpohon: sini adalah salah satu trail untuk penadaki ke Gunung Kinabalu. kami melawat je, tak daki pun. next time la daki tu pun kalau masih ada stamina la hehe. kat sini kami sempat la tengok orang baru turun dari puncak.
Dinner 2nd day at Gayang Seafood Restaurant. ni dah sampai KK. Rugi la kalau g Sabah tak makan seafood kan. seafood kat Sabah kan murah. kami lak suka sangat makan seafood so this is time la kan. ni aku duk pilih lobster hehe. tak pernah makan lobster. kalu makan kat KL mahal, Sabah murah. kami amik lobster paling kecik je dalam 900g je. tu yang paling kecik hehe. ada baby lobster tapi dah alang-alang ke Sabah tak kan nak amik baby je kan.
ni menu dinner kami. ada udang biasa, sotong, ketam, sayur and lobster. nasi & air boleh refill. tapi kami tak refill pun nasi sebab kenyang makan lauk je. nasi yang dibagi pun tak habis hehe. bagi aku, aku lagi suka udang biasa dari lobster sebab isi lobster tu kenyal sikit. at least kami dah try la lobster hehe
sebelum makanan sampai Amni makan aiskrim. habis comot muka & baju nya mesti la kotor kan hehe. nasib baik lepas makan terus check-in hotel.
Dekat KK kami duduk kat Cititel Express Hotel untuk 1 malam. lepas check-in kami merayau sendiri malam tu. jalan-jalan kat situ-situ je. kami merayau ke pasar malam hehe tak ingat la pula apa nama pasar malam tu tapi jaln sikit je dari hotel tu.
lepas breakfast kami ke Muzium Sabah. macam biasa la dalam muzium tak boleh ambil gambar.
Signal Hill Observation Tower of Kota Kinabalu: kat sini boleh tengok pemandangan KK dari atas bukit.
Pasar Philippine (Filipino): kat sini tempat shopping makanan ringan Sabah, makanan laut Sabah. Kalau nak beli pearl kat sini mahal. beli kat pasar malam murah je. pattern sama je dengan pasar malam punya hehe.
Lepas shopping kami pergi Pantai tapi tak ingat pantai apa haha.
Lepas tu kami pun balik la ke semenanjung. dah habis dah 3hari 2malam kat Sabah ni.
from KK-LCCT, Amni tido hehe. best kot tido dalam kapal terbang ni. kebetulan seat tengah kosong so kami baring kan dia. selesa sikit Amni tido.
Safely touch down LCCT.