Sunday, April 19, 2015

Kidz paradise with cousins


Aktiviti bersama sepupu sebelum Firas balik Johor.

ENJOYED






















Tuesday, September 23, 2014

Amni mimpi hehe

Rasanya ni pertama kali Amni mimpi hehe.. Tengah syok tidur, tiba-tiba aku rasa macam badan Amni gerak-gerak, aku pun kejut kan dia..

Aku: amni kenapa ni?

Amni: ada hantu durian

Aku: hah hantu durian😅. Jom2 sambung tido.

Haha boleh pula hantu durian masuk dalam mimpi Amni😅. Lepas tanya tu terus dia suruh aku peluk dia-mungkin dia takut-

Ni penangan hari-hari duk layan movie upin ipin la ni😄

Tuesday, December 17, 2013

Bila kompang berbunyi

Nuha & Amni sangat suka bunyi kompang. Bila kompang berbunyi ini la jadinya..melompat, berjoget,..macam kenduri tu dorang yang punya haha. Layankan saje. Kalau dengar kompang sambil berdukung tak de la ligat macam ni. Dorang akan tengok je kompang tu sampai habis hehe.
 
Awesome weekend
sebab tengok gelagat dorang je
 
 
#kendurikahwinanakkepadacikgungaji
#tahniahIqa

Sunday, December 1, 2013

Riadah di waktu petang

Melayan Amni dan Nuha main basikal.
Amni tolak basikal dan Nuha kawal handle basikal hehe.
dua-dua tak pandai kayuh basikal lagi. tengah dalam proses ajar mereka kayuh :)
 
 

Sunday, November 3, 2013

Aquaria, KLCC 2013 3/11

Plan nak bawak Amni pergi Aquaria masa birthday dia yang ke 2 tahun Januari depan tapi macam lambat je lagi. Memandangkan weekend ni free and adik aku pun ada balik sini so kita plan pergi Aquaria hari ni. Aku bawa abah, mak n adik aku yang bongsu. yeahhh kita enjoy hehe.
 
Aku dengan suami aku dah pernah pergi Aquaria ni. Aku suka pergi sini walaupun dah pernah pergi hehe. Ia depend pada citarasa masing-masing la. ada yang suka, ada yang kata biasa-biasa je. tapi bagi aku, aku memang enjoy g sini. Lagi-lagi pergi dengan keluarga, especially bila bawa Amni. Amni memang enjoy sangat la. suka tengok ikan kiri kanan atas hehe.
 
Rupanya adik bongsu aku dah pernah pergi sini. ingat kan tak pernah lagi tu aku bawa sekali hehe. Tak pe la dik, rezeki ko hehe. Kali ni pergi dengan mak abah lagi seronok.
 
 
 
Ready to explore Aquaria
 
Suami aku duk beratur beli tiket. Amni dah tak sabar-sabar nak masuk tengok ikan-ikan tu.
Amni memang pecinta binatang hehe.
 
 
ok Amni tengah pening kot time ni. banyak sangat ikan. ni dah ada dalam tunnel.


 
pening-pening pun nak tengok gak ikan.


 
ok semakin active dia tengok ikan kiri kanan atas. pening dia dah hilang haha
 

 
ramai orang time ni. weekend kan. nak dekat cuti sekolah pula tu. nasib baik tk de rombongn sekolah time ni hehe.
 

 
mak aku pun enjoy tengok ikan hehe

 
 
adik aku suruh ambil gambar. nak send ke awek la tu haha.



 
mak dengan anak posing


 
ibu..fish ibu. Amni ajar mak dia haha




 
Abah aku dah laju keluar dari Aquaria hehe. Dia tunggu kat food court hehe.
 
Lepas dah beli souvenir untuk adik beradik kitorg lepak dekat park KLCC jap pastu terus makan sebab dah lapar. kira dah late kitaorg lunch.
 

 
Amni enjoy tengok fountain kat belakang tu

 
Plan nak bawa Nuha pergi sekali tapi Nuha takut ikan.
So next time bawa Amni n Nuha pergi zoo la.