Sunday, July 21, 2013

Amni nak ikut Opah g terawikh :)

 
Selepas Maghrib
 
Amni: "Opah please Opah..Amni nak ikut Opah"
 

 
 
 
Selepas Opah pergi terawikh
 
Amni busy main bunga api dengan jiran sebelah hehe..
 

 
 


 
 


Friday, July 19, 2013

Perhiasan untuk sambut hari raya

 
 
 
Tengok la hasil lukisan anak dara aku Nur Amni, cantik tak?
 
 
kat mana Amni lukis ni? jawapannya adalah WALL. bukan wall FB tapi wall rumah.
 
 
buat pertama kalinya Amni menconteng dinding rumah. Pandai kan Amni, nak dekat raya la dia nak menconteng hehe
 
 
Alkisahnya:
 
semalam, time berbuka puasa kami suami isteri sedang kusyuk berbuka. Tengah2 kusyuk tu, tiba2 suami aku menjerit. Aku ingat kan Amni jatuh rupanya Amni tengah syok menconteng dinding rumah menggunakan Crayon!. Geram pun ada tapi tiba2 jadi kelakar sebabnya, lepas Amni tahu kitorang perasan apa yang dia buat, boleh dia tanya kami "ANTIK tak"? "ANTIK tak"? means cantik tak? Banyak kali Amni tanya hehe. Kami pun cakap CANTIK Amni :)
 
Aku pun g collect semua crayon Amni, g simpan. Mula2 buka puasa tu Amni duk makan sekali lepas tu g main jap, pastu senyap je, Rupanya time tu Amni syok duk hias dinding untuk menyambut raya hehe.
 
Apa2 pun terima kasih la sayang, di atas usaha sayang tu untuk mencantikkan rumah kita ni hehe.
 
 
sedar tak sedar, dah besar dah Amni. Alhamdulillah.
 
 
1 year, 6months, 4days
 
 
 

Saturday, July 13, 2013

Aktiviti riadah sebelum buka puasa dan selepas terawikh

 
Nuha, Amni pinjam basikal ye hehe..
 
Hari ni Nuha tak de, mereka sekeluarga berbuka di rumah family Taman U.
 
disebabkan Amni tak pandai kayuh lagi so Achik kena tolak Amni. Achik bawa Amni round 1 taman hehe.
 
 
Sebelum berbuka sebaiknya kita beriadah dulu :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
dan pada sebelah malam pula, aktiviti kami adalah bermain bunga api.
 
Sambil main bunga api, Amni nyanyi lagu "Selamat hari raya, selamat hari raya". Walaupun dengar perkataan "aya" (raya) je dari mulut Amni hehe
 
sorry semua Amni dah raya dulu, walaupun hari ni baru puasa yang ke-4.
 
 

Monday, July 1, 2013

Sending Ayah Ja to bus station

 
Amni teruja sangat tengok baaaanyak bas dekat bus station haha..semua bas yang berlepas semuanya Amni bye bye dan Amni sangat2 teruja bila naik bas.
 
 
Tengok, semangat Amni bye bye mak dan ayah dia dari dalam bas. Kami layan kan aje hehe
 
Amni: bye Ayah Ibu, Amni nak ikut Ayah Ja balik KB
Ayah Ibu: bye bye Amni :)..see you again..take care saying
 
 
 
Amni with beloved uncles -Ayah Qib and Ayah Ja
 
 
 
Amni buat rondaan bersama Ayah Ja dan Ayah Qib hehe
 
 
 
p/s: Ayah Ja selamat sampai KB pukul 5.30 pagi tadi. Alhamdulillah

Friday, June 28, 2013

Jambul pokok kelapa

 
Jom kita nyanyi dulu..."underneath pokok kelapa I will wait for you" hehe
 
lagu siapa entah hehe..main nyanyi je :)
 
 
1st time Amni ada jambul kat kepala..sebelum ni nak sentuh rambut dia pun susah. Amni tak kan bagi orang pegang/ikat rambut dia.
 
Masa ambil Amni dari rumah BS Isnin hari tu, tiba2 ada "Jambul Pokok Kelapa" atas kepala dia hehe. Aik siapa yang berjaya ikat rambut dia ni hehe. Rupanya Kak Asha(anak BS) yang berjaya ikat rambut dia.
 
Bila kita tanya: Amni cantik ke? atau Amni comel ke? mesti dia jawab: "antik" atau "omel".

Then bila kita tanya "Mana anak Ayah/Ibu yang cantik tu?" mesti dia jawab: "SAYA"
 
memang Amni suka puji diri sendiri hehe like her father kih kih..
 
so dari hari Isnin tu sampai la semalam, setiap kali ambil Amni mesti ada jambul dia. Amni sangat suka sampai tak bagi siapa2 pun cabut jambul tu sampai berlari bila Mak dia acah nak cabut jambul tu hehe..
 
 
 
video diambil pada hari isnin hari tu. untuk pertama kali Amni berpokok kelapa.


Thursday, June 27, 2013

When Amni met Amni :)

 
Ni la jadi nya bila jumpa diri sendiri..
 
HeHe..
 
Bila ajak pergi dia start mengulingkan badannya tanda protest..
 
Ikut perangai siapa la ni? :)
 
 
1year 5months 8days